Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Conte simpan tonggak

LONDON 13 Sept. – Antonio Conte percaya keputusannya merehatkan beberapa pemain bintang dalam aksi Liga Juara-Juara ketika membelasah Qarabag 6-0 akan memberi kelebihan kepada Chelsea apabila berdepan Arsenal, Ahad ini.

Soccer Football - Champions League - Chelsea vs Qarabag FK - Stamford
PERTAHANAN Chelsea, Marcos Alonso (kiri) bersaing dengan pemain Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London semalam. - REUTERS

Conte bertindak merehatkan David Luiz, Antonio Rudiger, Victor Moses dan Alvaro Morata ketika membelasah kelab kerdil dari Azerbaijan di Stamford Bridge, hari ini.

Pemain utama seperti Eden Hazard yang dima­sukkan dari bangku simpanan dalam penampilan kedua selepas melakukan pembedahan buku lali ­nyata memberi keyakinan buat Chelsea untuk meraih tiga mata apabila berdepan Arsenal.

“Permulaan yang sempurna. Kembali bermain dalam Liga Juara-Juara dan menang menerusi keputusan yang hebat, jaringan yang banyak selain tidak dibolosi.

“Saya lihat banyak perkara positif. Sekarang kami perlu berehat untuk aksi hebat menentang Arsenal,” kata Conte kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Pasukan pilihan Conte yang dibarisi Pedro, Davide Zappacosta, Tiemoue Bakayoko, Cesar Azpilicueta and Michy Batshuayi nyata sukar digugat untuk memastikan kemenangan milik Blues.

“Saya mahu beri peluang kepada Michy dan Andreas Christense. Bermain dalam Liga Juara-Juara bermakna jurulatih mempercayai pemain itu.

“Mesej saya jelas, saya percayakan kesemua pemain, bukan ha­nya dengan kata-kata tetapi de­ngan fakta.

“Tahun lepas kami bermain dengan 13 pemain dan adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk melakukannya musim ini.

“Kami perlu membangunkan pemain-pemain ini dan cuba mencipta saingan yang positif dalam kalangan mereka dan ia sa­ngat penting,” kata Conte.

Dalam aksi di London, Pedro meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima, sebelum pertahanan Itali, Davide Zappacosta menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-30.

Memasuki babak kedua, Cesar Azpilicueta, Tiemoue Bakayoko dan Michy Batshuayi masing-masing meledak gol pada minit ke-55, 71 serta 76 untuk Chelsea me­lebarkan kelebihan 5-0.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Qarabag, Maksim Medvedev, lapan minit sebelum tamat permainan melengkapkan kemenangan 6-0 Blues. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain