Conte yang membantu The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu dan Mourinho dianggap sebagai pengurus paling berjaya ketika memimpin kelab yang berpangkalan di London itu pernah berselisih pendapat beberapa kali.

Januari lalu Conte menggelarkan Mourinho sebagai ‘lelaki kecil’ selepas jurulatih dari Portugal itu membuat kenyataan berhubung isu mengatur perlawanan merujuk kepada hukuman penggantungan Conte selama empat bulan apabila dia gagal membuat laporan berhubung sindiket tersebut ketika memimpin Itali.

Begitu pun, Conte bebas daripada dikenakan sebarang hukuman oleh mahkamah Itali.

Conte berkata United yang menduduki tangga kedua EPL menjadi pasukan pilihan berbanding The Blues berada di kedudukan kelima dalam aksi final pada 19 Mei ini. Chelsea mara ke final selepas menewaskan Southampton 2-0 di Wembley, kelmarin.

“Saya fikir musim ini kami tidak menjadi pasukan pilihan namun seperti yang diketahui, kami tewas kepada Arsenal dalam aksi final Piala FA pada musim lalu,” kata Conte. - REUTERS