Spalletti membawa Inter melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut selepas menumpaskan Empoli 2-1 pada hari terakhir Serie A semalam.

Inter menamatkan kempen dengan menghuni tangga keempat, berkongsi mata berkongsi 69 mata bersama Atalanta dan hanya satu mata mengatasi musuh sebandar, AC Milan.

Menurut Sky Sport Italia, Conte, 50, sudahpun menandatangani kontrak tiga tahun bernilai 12 juta euro (RM56.23 juta) semusim.

Difahamkan, pengumuman rasmi akan dibuat minggu depan, yang mana Conte dijangka hadir menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Madrid bersama delegasi Inter. - AGENSI