Ujar Coleman, pemain tengah berusia 26 tahun itu, yang beraksi 90 minit dalam kekalahan 0-2 kepada Perancis pada Jumaat lalu, sering menyuarakan untuk menarik diri daripada perlawanan persahabatan itu.

“Kami memang sudah menjangkakan Aaron hanya mahu bermain ketika menentang Perancis. Pada awalnya, memang kami ingin dia berada sepenuh masa bersama Wales, tetapi kami memutuskan untuk satu perlawanan sahaja untuknya.

“Saya fikir dia datang ke kem disebabkan apa yang berlaku di Arsenal, yang mana dia bergelut dengan kecergasan. Apa pun saya rasa satu perlawanan lebih baik daripada dua.

“Sekarang ini dia dibenarkan pulang ke Arsenal. Aaron tersedia untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini,” kata Coleman.- REUTERS