Cole menjuarai 13 trofi kejohanan utama termasuk tiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memiliki 107 caps kebangsaan merupakan salah seorang daripada sembilan pemain yang pernah beraksi lebih 100 kali bersama skuad Three Lions.

Selepas meninggalkan Chelsea pada 2014, Cole menyertai kelab Itali, Roma sebelum menyarung jersi LA Galaxy dan kelab terakhirnya Derby County.

Bagaimanapun, kontraknya bersama The Rams tamat hingga hujung musim ini.

"Selepas fikir semasak-masaknya, inilah waktu yang sesuai untuk menggantung but saya dan beralih ke bab baharu dalam kehidupan," katanya.

Cole merupakan salah seorang daripada skuad Invincibles Arsenal yang memenangi EPL tanpa tewas walau satu perlawanan pada 2004. - AFP