Dalam satu penerbitan selepas lawatan City ke Shanghai dan Nanjing untuk perlawanan Asia Trophy, agensi berita milik kerajaan, Xinhua Agency, menuduh kelab itu hanya berkunjung ke China atas faktor wang semata-mata.

Artikel itu yang menggunakan tajuk, Kasih sa­yang peminat China terhadap Manchester City tidak berbalas di tanah air sendiri mela­porkan, Pep Guardiola dan skuad bimbingannya gagal memberikan layanan sewajarnya kepada penyokong tempatan sebagaimana yang ditunjukkan pesaing mereka Wolves, West Ham dan Newcastle.

Kritikan itu ternyata mengundang malu kepada pemilik City, Abu Dhabi yang melihat China sebagai sasaran pasaran komersial, selain berhasrat membeli kelab bola sepak di negara itu.

Serangan Xinhua, orga­nisasi media terbesar di du­nia telah menjadi satu malapetaka kepada hubu­ngan yang cuba dibina kelab tersebut. Artikel itu mengkritik Guardiola yang enggan berbual dengan peminat selepas City menewaskan West Ham di Nanjing, Rabu lalu. – AGENSI