PSG berpeluang untuk menang trofi buat kali keenam dalam tempoh tujuh musim selepas pasukan di tempat kedua, Lille mencatat keputusan seri 1-1 dengan Reims dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal daripada mereka.

Skuad bimbingan Tuchel sedar tiga mata di Parc des Princess sudah cukup untuk mereka merangkul gelaran pada ketika saingan berbaki lapan, sekali gus menjulang trofi lebih awal sama seperti ketika di bawah kendalian Laurent Blanc yang muncul juara pada 2016.

Terdahulu Choupo-Moting meletakkan PSG di depan selepas meledak gol ketiganya dalam koleksi Ligue 1, bagaimanapun dia membuat kesilapan besar apabila memberhentikan rembatan Christopher Nkunku di atas garisan gol.

Nuno da Costa dan Anthony Goncalves meletakkan Strasbourg di depan masing-masing pada minit ke-26 dan 38, sebelum Thilo Kehrer menyamakan kedudukan (m-82).

“Saya terfikir pada masa itu saya berada dalam posisi offsaid dan ia berlalu dengan sangat pantas. Saya menyentuh bola, ia terkena palang.

“Ia cukup memalukan kerana bola itu tidak mahu masuk. Saya minta maaf atas situasi itu,” kata Choupo-Moting.- AFP