Dalam perlawanan tersebut Chelsea dilihat menguasai perlawanan dengan baik di Stamford Bridge apabila mendahului dengan kedudukan 2-0 hasil jaringan David Luiz minit ke-11 dan gol pertama Hazard minit ke-37.

Bagaimanapun, kelemahan benteng pertahanan Chelsea yang sukar menyerap tekanan dengan baik membolehkan lawan menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Kolarov sewaktu minit ke-40 dan Edin Dzeko minit ke-64.

Chelsea hampir kehilangan mata apabila Roma berjaya menjadikan kedudukan 2-3 menerusi jaringan Dzeko minit ke-70 sebelum Hazard meledak gol penyamaan minit ke-75.

Keputusan tersebut sekadar membolehkan Chelsea kekal dengan kelebihan dua mata di atas Roma di tangga teratas Kumpulan C. - AGENSI