Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chelsea jadikan Watford mangsa berpesta

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berpesta bersama pemainnya  menyambut
PENGURUS Chelsea, Antonio Conte (kiri) berpesta bersama pemainnya menyambut kejayaan mengatasi Watford 4-3 dan bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini di Stamford Bridge awal pagi tadi. - REUTERS

LONDON 16 Mei - Jaringan kemenangan pemain gantian, Cesc Fabregas di penghujung permainan menyemarakkan pesta Chelsea dalam menyambut kejayaan muncul juara baharu Liga Perdana Inggeris musim ini ketika menewaskan Watford 4-3 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Sebelum gol kemenangan Fabregas itu, Watford dilihat seakan mampu menjejaskan pesta pertabalan Chelsea apabila berjaya memberi tentangan hebat dengan bangkit tiga kali mengikat pasukan tuan rumah menerusi jaringan penyamaan Etienne Capoue, Daryl Janmaat dan Stefano Okaka untuk menafikan jaringan awal Chelsea menerusi John Terry, Cesar Azpilicueta dan Michy Batshuayi.

Namun Fabregas membuatkan Stamford Bridge kembali meriah dengan gol pada minit ke-88 untuk membolehkan Chelsea mencatat kemenangan ke-30 daripada 37 perlawanan yang telah dilalui. Mereka akan berdepan Sunderland pada aksi terakhir liga Ahad ini. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain