Skuad Antonio Conte mengharungi perlawanan sehingga tamat masa tambahan dengan sembilan pemain apabila dua kad merah dilayangkan kepada Pedro dan Alvaro Morata pada minit terakhir masa tambahan di Stadium Stamford Bridge.

The Blues dipaksa bertarung hingga ke masa tambahan apabila gol penyamaan saat akhir Jamal Lewis perlawanan memadamkan jaringan Michy Batshuayi pada minit ke-55.

Bagaimanapun, penjaga gol simpanan Chelsea, Willy Caballero muncul wira apabila menyelamatkan percubaan Nelson Oliveira dalam penentuan penalti yang berkesudahan 5-3 yang membawa pasukannya berdepan Newcastle pada pusingan keempat.

Ia adalah kemenangan pertama Chelsea pada tahun ini, selepas seri empat perlawanan semua kejohanan sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Bournemouth tersingkir daripada saingan Piala FA selepas perlawanan ulangan pusingan ketiga yang menyaksikan mereka tewas kepada pasukan divisyen ketiga Wigan Athletic.

Wigan yang menjuarai kejohanan berkenaan lima tahun lalu, berjaya mengatasi Bournemouth hasil jaringan separuh masa pertama daripada Sam Morsy dan dua gol pada separuh masa kedua jaringan Dan Burn dan Callum Elder.- AFP