Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pilihan dalam kalangan pemain, jurulatih, pegawai persatuan bola sepak serta pengamal media yang membuat undian pada tahun lalu.

Cech membuat keputusan untuk menggantungkan butnya selepas menamatkan kempen kejohanan Euro 2016 di Perancis. Dia telah mencipta rekod apabila membuat penampilan bersama skuad kebangsaannya itu sebanyak 124 kali.

Pemain tengah Hertha Berlin, Vladimir Darida menerima undian kedua tertinggi manakala Borek Dockal yang baharu sahaja berpindah dari Sparta Prague ke kelab Liga Super China, Henan Jianye berada di tempat ketiga. - AGENSI