Bekas penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol itu mengalami masalah infarksi miokardium pada 1 Mei lalu dan dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan sebelum dibenarkan pulang ke rumah lima hari kemudian.

Laporan di Portugal mendakwa Casillas akan mengumumkan persaraannya hari ini, dengan berkata penjaga gol tersebut akan berperanan sebagai lembaga pengarah Porto.

Bagaimanapun pemain berusia 38 tahun itu memberitahu dia kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada pakar sama ada sudah pulih sepenuhnya untuk bermain bola sepak semula.

“Sama seperti yang saya kicau dalam Twitter bulan lalu, kecuali jika ia tidak dibenarkan oleh doktor. Lebih daripada itu kerana saya akan mendapatkannya (pengesahan daripada pakar) esok,” katanya.- AGENSI