Rumah lelongan itu menjangkakan nilai but tersebut boleh mencecah 50,000 euro (RM2.2 juta).

Pemain tengah Manchester United itu menjaringkan gol ketiga sewaktu membantu Perancis menewaskan Croatia 4-2 dan hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada pelajar sekolah dari kawasan pedalaman.

Pogba yang membesar di pinggir Paris turut memberi jersi skuad kebangsaannya yang dipakai ketika menewaskan Iceland dalam aksi suku akhir Euro 2016.

Bagaimanapun, Perancis tewas kepada Portugal di pentas akhir kejohanan tersebut.

Dua cincin Pogba turut dilelong pada 29 April ini.

“Organisasi ini menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Saya juga berasal dari keluarga yang susah jadi saya tahu bagaimana sukarnya untuk berjaya,” kata Pogba. - AFP