Bos Liverpool itu berkata, mungkin ramai pihak menyifatkan City memperoleh tiga mata mudah bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa Burnley, kejutan boleh berlaku.

“Adakah Burnley tempat yang ingin saya pergi sekarang untuk perlawanan Liverpool yang seterusnya? Tidak. Jujurnya tidak.

“Sana bukan tempat di mana anda fikir;’Oh bagus! Kami akan pergi ke Burnley. Tiga mata mudah!’Burnley lawan yang sukar memandangkan ketika ini mereka berada di momentum terbaik malah melakar kemenangan bergaya. Ketika ini, mereka mempunyai 40 mata,” katanya. - AGENSI