United dijadual menentang Barcelona dalam aksi suku akhir, bulan depan.

Kata Garcia, United telah meningkat naik secara drastik di bawah bimbingan Ole Gunner Solskjaer sekali gus percaya aksi melibatkan kedua-dua pasukan bakal berlangsung sengit.

“Menentang United bukan sesuatu yang mudah tambahan pula aksi mereka akhir-akhir ini amat menakjubkan. Ya, saya akui Barcelona masih kekal sebagai pilihan, namun, saya tidak berani katakan mereka mampu memenanginya.

“Aksi penyerang Barcelona, Lionel Messi sudah tentu akan menjadi tumpuan dalam perlawanan berkenaan,” kata Garcia kepada pemberita di Saujana Golf & Country Club, hari ini.

Garcia dan bekas pemain Manchester United, Nemanja Vidic hadir menyaksikan Kejohanan Maybank 2019, hari ini, malah turut meluangkan masa bersama peminat masing-masing. Kejohanan Maybank 2019 berlangsung bermula 21 hingga 24 Mac ini.