Pemain berusia 40 tahun itu yang tamat kontrak bersama Juventus bulan lalu, tiba di PSG dengan ditemani oleh doktornya.

Buffon yang menyarung jersi Itali 176 kali dijangka menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi bola sepak Perancis itu, dan bakal diperkenalkan secara rasmi dalam sidang akhbar Isnin depan.

Dia akan menjadi pembelian pertama PSG sejak diambil alih oleh pengurus baharu, German Thomas Tuchel pada Mei lalu.

PSG juga dikatakan bakal menandatangani kontrak dengan pemain Piala Dunia Jerman, Kevin Trapp dan Alphonse Areola, yang kini beraksi bersama Perancis di Rusia. - AFP