Buffon, 40, membuat penampilan terakhirnya bersama kelab gergasi Itali ketika menewaskan Verona 2-1 dalam aksi Serie A selepas mewakili kelab itu sejak 2001. Juventus menjulang trofi Serie A buat kali ketujuh berturut-turut.

“PSG? Saya perlu bertenang dan membuat analisis tentang semua perkara. Bukan keputusan yang mudah. Pada usia 40 tahun, anda tidak boleh membuat keputusan yang merosakkan karier anda,” kata Buffon.

Sebelum ini, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menolak cadangan Buffon boleh menggantikan penjaga gol utama kelab gergasi Perancis itu, Alphonse Areola.

“Dia penjaga gol yang menakjubkan, berkarisma dan lelaki yang budiman. Saya pasti banyak kelab mahukan pemain seperti dia,” katanya. - AFP