Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Buffon akhirnya tewas

Messi bolosi penjaga gol Juventus buat kali pertama

LIONEL MESSI (tengah) meraikan jaringannya bersama Luis Suarez
LIONEL MESSI (tengah) meraikan jaringannya bersama Luis Suarez (kiri) dan Ousmane Dembele ketika menentang Juventus di Camp Nou, semalam. REUTERS

BARCELONA 13 Sept. - Barcelona memadam segala keraguan apabila dua jaringan Lionel Messi membantu mereka membenam Juventus 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, hari ini.

Kesemua tiga gol itu hadir menerusi gerakan bijak Messi dan lebih manis lagi, penyerang tersebut juga berjaya menewaskan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon buat kali pertama sepanjang kariernya.

Messi menyempurnakan gol pembukaan Barcelona pada minit ke-45, sebelum gerakannya membuka ruang buat Ivan Rakitic menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke-56.

Penyerang Argentina itu membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila melengkapkan kemenangan selesa Barcelona pada minit ke-69, keputusan yang amat diperlukan gergasi bola sepak Sepanyol tersebut bagi menaikkan motivasi pemain.

Menurut pengendali Barcelona, Ernesto Valverde dia gembira kerana Messi akhirnya memberi kegembiraan buat dirinya selepas pemain itu sering membuatkan dia menderita sepanjang bergelar jurulatih.

“Sebelum ini, saya sering menderita apabila menentang Messi dan kini saya tahu betapa bertuahnya memiliki pemain ini dalam pasukan.

“Apabila dia mendapat bola, anda sentiasa percaya apa sahaja boleh berlaku - perkara yang bagus buat kami.

“Ia bukan sahaja tentang ja­ringan, malah penglibatannya secara keseluruhan,” kata Valverde, yang merupakan bekas jurulatih Athletic Bilbao.

Kemenangan itu membolehkan Barcelona berada di tangga teratas Kumpulan D, mengatasi Sporting Lisbon yang menang 3-2 ke atas Olympiakos.

Sementara itu, pengurus Juventus, Massimiliano Allegri kecewa dengan standard yang ditunjukkan benteng pertahanan hingga menyebabkan mereka kalah besar di Barcelona iaitu lima bulan selepas me­ngalahkan pasukan tersebut 3-0 di Turin.

“Kami bermain baik pada babak pertama tetapi apabila anda bermain secara terbuka anda kena memanfaatkan semua peluang yang hadir.

“Malangnya kami gagal memanfaatkan peluang dan dihukum pada lewat babak pertama. Kami melepaskan tiga gol menerusi serangan balas dan semua jaringan berpunca daripada kesilapan sendiri,” kata Allegri.

Bagi Barcelona, kemena­ngan memberi kelegaan kepada penyokong yang sebelum ini ‘di­serang’ panik ekoran perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dan usaha mendapatkan penggantinya, Philippe Coutinho menemui kegagalan. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain