Kemenangan Brazil itu membolehkan Selecao menamatkan aksi peringkat kumpulan selaku pendahulu selepas mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan yang telah berlangsung.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Brazil lebih banyak menguasai bola iaitu sebanyak 59 peratus berbanding Serbia 41 peratus.

Dua gol Brazil dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Paulinho pada minit ke-36 dan Thiago Silva pada minit ke-68.

Selepas ini Brazil dijadual menentang naib juara Kumpulan F, Mexico dalam aksi 16 akhir pada Isnin ini. - AGENSI