Bonucci meninggalkan AC Milan selepas setahun beraksi sebelum kembali ke pangkuan Juve pada Ogos lalu diejek oleh segelintir penyokong Itali ketika dia kembali beraksi di venue keramat Milan, Stadium San Siro bersama Azurri menentang Portugal dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Sabtu lalu.

“Saya berasa jengkel kerana apabila anda bermain untuk pasukan kebangsaa, ketepikan seketika isu atau konflik melibatkan kelab.

“Apabila saya berdepan dengan situasi ini ketika memakai jersi Juventus dan Milan, saya boleh terima. Malangnya, ini melibatkan skuad kebangsaan dan budaya kami perlu hadir ke stadium dan beraksi seperti biasa,” katanya. - AFP