Khairy berkata, pada aksi tersebut pasukan B-22 negara mampu menghasilkan lebih banyak gol namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

"Kita berjaya mendapatkan tiga mata pada hari ini, bagaimanapun saya fikir kita patut boleh menang lagi banyak gol.

"Bagaimanapun, tidak mengapa kerana apa yang penting adalah kita berjaya mendapatkan tiga mata pertama.

"Saya percaya skuad B-22 negara mampu menghasilkan jumlah jaringan lebih banyak berdasarkan peluang yang dimiliki namun penyudah kita tumpul. Saya percaya pasukan ini ada potensi," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini hari ini.

Dalam perlawanan tersebut skuad B-22 negara berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Safawi Rasid pada minit keempat dan Adam Nor Azlin pada minit ke-60. Gol tunggal Brunei dijaringkan oleh Mohamed Zulkhairy Hady Razali pada minit ke-12.