Mora berkata, empat pemain muda yang diturunkan iaitu Afiq Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin berjaya mempamer corak permainan yang matang biarpun berdepan dengan pasukan naib juara Liga 1 Korea itu.

“Paling mencuri tumpuan ialah Safawi yang sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan.

“Tidak nafikan dia seorang pemain yang dahagakan kejayaan, namun perlu banyak belajar untuk menjadi lebih mantap kerana bagi saya, Safawi adalah pemain muda terbaik di negara ini.

“Jika dia tidak memberanikan diri membuat percubaan ke arah gol, masakan dia akan belajar.

“Saya lebih sukakan pemain seperti itu yang menunjukkan semangat juang tinggi dan kami perlu beri sokongan bagi membantunya berkembang menjadi pemain yang lebih baik.

“Selain Safawi, saya juga gembira dengan persembahan Afiq (Fazail), Nazmi (Faiz Mansor) dan Adam (Nor Azlin) tidak gugup, malah mampu bersaing dengan pemain lawan berpengalaman di pentas antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.

Dalam pada itu, Mora menyifatkan Harimau Selatan tidak bernasib baik apabila gagal mencari kemenangan pertama dalam kancah ACL dan terpaksa berpuas hati meraih mata sulung dalam penampilan pertama liga.

“Mungkin rezeki tidak berpihak kepada kami pada malam ini setelah beberapa peluang keemasan mencipta peluang hanya singgah ke tiang dan palang gol sahaja.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada barisan pemain yang tampil dengan permainan luar biasa dan meraih satu mata berharga buat pasukan,” katanya lagi.