Kelab tersebut turut melancarkan logo yang berbentuk bulat dengan dua ekor burung heron bewarna putih yang melambangkan nilai ‘antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan impian besar’.

Beckham, 43, mendapat francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas mengumumkan mengenai perancangannya untuk melancarkan pasukan di Selatan Florida, empat tahun lalu.

“Ini adalah hari yang amat membanggakan buat saya dan seluruh pasukan. Ia satu kebanggaan untuk mengumumkan nama baharu dan juga logo kepada peminat kami.

“Kami mengambil satu lagi langkah penting dalam mengukuhkan kelab kami dan hari ini menandakan tempoh yang penting dalam sejarah Internacional de Futbol Miami,” kata Beckham, yang menjadi pemilik dan Presiden Operasi Bola Sepak Miami.

Inter Miami dijadual mula beraksi pada 2020 di venue sementara yang dirancang sehingga stadium dengan kapasiti 25,000 penonton Miami Freedom Park, siap dibina setahun kemudian. - REUTERS