Pemain tengah tuan rumah, Michael Lang meledak gol kemenangan pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Raoul Petretta dan berjaya mengatasi Sergio Romero.

The Red Devils bagaimanapun masih kekal selaku peneraju Kumpulan A selepas lima perlawanan dengan 12 mata diikuti Basel di kedudukan kedua dengan sembilan mata.

CSKA Moscow yang berada di kedudukan ketiga berjaya menghidupkan peluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati selepas menang 2-1 ke atas Benfica.

United kini perlu mengelakkan daripada kalah lebih daripada enam gol kepada CSKA Moscow dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang akan berlangsung di Old Trafford. - AGENSI