Selepas tewas 0-1 kepada Tottenham, Inter wajib menumpaskan PSV Eindhoven dalam perlawanan terakhir Kumpulan B dan pada masa sama mengharapkan bantuan Barcelona untuk menewaskan Spurs.

“Mereka pemain yang profesional. Saya tidak mempunyai masalah tentang bagaimana mereka akan beraksi dalam perlawanan itu nanti. Tidak pernah saya lihat pemain seperti Gerard Pique, Lionel Messi dan Luis Suarez mahu tewas di laman sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Spalletti berkata keputusan mengeluarkan Radja Nainggolan terpaksa dibuat selepas pemain tengah itu mengalami masalah di buku lali.

“Radja berada dalam keadaan baik dan tiada apa-apa isu di antara kami. Dia berasa sakit di bahagian buku lali dan dia menghadapi masalah ketika berlari kerana ototnya tegang jadi saya perlu mengeluarkannya,” katanya. - REUTERS