Menurut laporan L’Equipe, butir-butir perpindahan Bakambu ke China dimuktamadkan beberapa hari lalu, dengan pemain berusia 26 tahun itu juga telah lulus menjalani pemeriksaan kesihatan,

Beijing Guoan pada mulanya mencetuskan klausa pembelian bernilai 40 juta euro (RM191 juta) dalam kontrak Bakambu dengan Villarreal.

Nilai tersebut sekali gus memintas tipis dua rekod pemain termahal Afrika ketika ini, Sadio Mane dan Mohamed Salah yang dibeli Liverpool dengan harga 34 juta pound (RM184 juta).

Nilai Bakambu itu bagaimanapun gagal mengatasi harga 56 juta euro (RM267 juta) Naby Keita yang dipersetujui Liverpool bagi mendapatkan pemain RB Leipzig itu pada musim panas nanti.

Bagaimanapun selepas cukai dan peraturan yang dikenakan oleh negara China, Beijing Guoan sebaliknya terpaksa membelanjakan pembelian mereka ke atas Bakambu sebanyak 76 juta euro (RM363 juta) berbanding tawaran asal 40 juta euro.

Pemain kelahiran Perancis berusia 27 tahun itu hingga kini menjaringkan 14 gol dalam 21 penampilan bagi semua pertandingan untuk Villarreal musim ini.- AGENSI