Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berharap, Tengku Amir yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil iktibar daripada kesilapan yang pernah dilakukan apabila mengambil orang yang salah untuk bekerja dengannya.

“Dalam kes FAS, saya tahu banyak jerung yang ingin mengambil kesempatan daripada duit kerajaan Selangor. Perkara yang saya takutkan adalah RMS tidak sedar dengan permainan dan individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya. Di JDT, tiada sebarang pergerakan tanpa tanda tangan saya.

“Nasihat saya kepada RMS adalah mendapatkan rujukan daripada orang yang betul, bukan daripada mereka yang tiba-tiba muncul selepas perubahan Presiden berlaku. Salah seorang yang baik adalah Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari), dia mempunyai minat terhadap pembangunan bola sepak dan mempunyai pengalaman.

“Saya berharap RMS dapat belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh saya sebelum ini dengan mengambil orang yang salah untuk bekerja dengan saya. Nasib baik, saya cepat belajar dan saya harap RMS dapat melakukannya sebab mengambil orang yang betul sukar,” kata TMJ yang dipetik daripada Twitter miliknya.

Terdahulu, Tengku Amir tidak mengiktiraf Kongres Luar Biasa (EGM) FAS yang didakan semalam selepas beliau menjelaskan pemilihannya sebagai Presiden badan induk tersebut tidak mendapat persetujuan daripadanya. - UTUSAN ONLINE