Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Atletico bakal kehilangan Vrsaljko

SIME VRSALJKO - REUTERS
SIME VRSALJKO - REUTERS

MADRID 20 Mac - Pertahanan kanan Atletico Madrid, Stime Vrsaljko bakal disingkirkan daripada meneruskan baki saingan pada musim ini selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika pasukannya melakar kemenangan 3-1 ke atas Sevilla.

Pemain kebangsaan Croatia itu terpaksa dikeluarkan ketika permainan hanya memasuki minit kedua selepas terjatuh tanpa dikasari mana-mana pemain lawan.

Atletico berkata dalam satu kenyataan bahawa Vrsaljko perlu melakukan beberapa ujian namun imbasan yang dilakukan telah mengesahkan dia mengalami kecederaan ACL di lutut kiri.

Vrsaljko, 25, membuat 25 penampilan bersama Atletico pada musim ini dan hanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini dia menjadi pilihan utama Diego Simeone berbanding Juanfran. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain