Berita baik siaran eksklusif buat peminat bola sepak di tanah air itu diumumkan oleh Ketua Sukan Astro, Lee Choong Khay dalam portal berita astroawani.com sebentar tadi.

“Peminat juga boleh menontonnya menerusi aplikasi gajet selain TV, Astro Go,” katanya dalam kenyataan itu.

Peminat bola sepak sebelum itu meluahkan kekecewaan menerusi media sosial terhadap stesen TV berbayar itu yang mereka dakwa gagal mendapatkan hak siaran Liga Juara-juara UEFA musim ini.

Antaranya meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sedangkan mereka telah membayar yuran langganan Astro yang agak mahal pada setiap bulan.

Astro bagaimanapun menjelaskan isu itu sedang diatasi dan mereka sedang berbincang dengan pihak berkaitan. – UTUSAN ONLINE