Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aston Villa lantik Terry sebagai kapten

JOHN TERRY (kanan) diberi penghormatan untuk mengetuai Aston Villa
JOHN TERRY (kanan) diberi penghormatan untuk mengetuai Aston Villa menentang Shrewsbury Town dalam aksi persahabatan di London.

LONDON 16 Julai – Sebaik sahaja berpindah daripada Chelsea, John Terry terus diberi penghormatan untuk menjadi ketua pasukan kelab baharunya, Aston Villa.

Walaupun Villa kini beraksi dalam liga Divisyen Dua, pelantikan Terry, 36, menggantikan James Chester itu dilihat usaha Villa untuk memanfaatkan pe­ngalaman yang ada pada pemain pertahanan tersebut yang ha­nya menandatangani kontrak setahun sahaja awal bulan ini.

"Aston Villa dengan tulus hati mengumumkan John Terry sebagai ketua pasukan untuk musim 2017/18," kata kelab itu dalam laman sesawangnya.

Terry memakai lilitan lengan hitam buat kali pertama apabila Villa beraksi dalam satu perlawanan persahabatan pra musim menentang kelab Divisyen Tiga, Shrewsbury Town.

Bekas pemain pertahanan antarabangsa England itu meninggalkan Chelsea hujung musim lalu selepas menabur bakti selama 22 tahun di Stamford Bridge, tempat di mana dia pernah mengecapi kejayaan menjuarai liga perdana seba­nyak lima kali, Piala FA lima kali dan Liga Juara Juara Eropah sekali pada 2012, – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain