Bagaimanapun, jurulatih penjaga gol Liverpool, John Achterberg berkata pemain dari Brazil itu sudah pun pulih dan sedang menjalani pemulihan di gimnasium.

“Ali berada dalam keadaan baik. Dia menjalani rawatan setiap hari dan keadaannya semakin pulih. Dia sudah boleh melakukan latihan kecergasan dan berlatih di gimnasium tanpa menggunakan kakinya.

“Sukar untuk menentukannya namun anda perlu mencuba dan memandangkan ke hadapan serta positif. Anda perlu mengubah elemen negatif kepada positif. Pasukan perubatan tidak memberitahu berapa lama dia akan direhatkan.

“Selepas ini ada rehat antarabangsa dan kami akan lihat berapa lama lagi masa diambil. Apabila berlaku perkara seperti ini, anda perlu melihat daripada semua aspek,” katanya lagi.

Alisson menerima kecederaan tersebut ketika menentang Norwich pada 9 ogos lalu dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sepanjang ketiadaannya Adrian mengambil alih tempatnya. - AGENSI