Dibelasah 0-4 oleh Manhcester United pada minggu lalu selain tumpas kepada Liverpool dalam aksi Piala Super UEFA, Rabu lalu menyaksikan Chelsea terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Mason Mount seawal minit ketujuh.

Namun, Wilfred Ndidi menyamakan kedudukan sekali gus meranap impian Chelsea mengutip tiga mata pertama di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lampar turut menegaskan keletihan menjadi punca kepada aksi longlai yang dipamerkan ooleh Chelsea.

"25 minit pertama kami bermain seperti yang dirancang namun selebihnya tidak. Kami membiarkan ruang untuk lawan. Saya kecewa melihatnya dan kami tidak mengekalkan rentak perlawanan seperti permulaan.

"Kami perlu tunjukkan lagi personaliti seperti mana yang disaksikan pada Rabu lalu namun hari ini (semalam) tidak ada.

"Saya benci untuk mengatakan kepenatan sebagai alasan tetapi itu punca pada babak kedua. Saya dapatkan rasakan keadaan pemain.

"Jika itulah faktornya kami perlu atasi dan kuasai bola dengan baik supaya kami tidak perlu banyak perlawanan. Setiap permainan memerlukan pengurusan. Kami perlu lebih kuat. Banyak pengajaran yang boleh diambil pada hari ini," katanya.

Bekas pemain England itu berharap dia dapat mencipta kemenangan pertamanya bersama Chelsea pada minggu depan apabila akan bertemu Norwich di tempat lawan. - AFP