AKHBAR Sport menggunakan gambar seorang pemain Real Madrid yang menutup wajahnya dengan jersi dengan tajuk muka depan Berakhirnya Era Real, selepas mereka menyifatkan tersingkir di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang memalukan.

Kelab gergasi Sepanyol tersebut berjaya merangkul empat trofi kejohanan elit di pentas Eropah itu dalam tempoh lima musim, tetapi kali ini, penyingkiran mereka adalah yang terburuk sejak 2010 setelah Ajax membenam Real 4-1 di Bernabeu.

Akhbar berpangkalan di Madrid, MARCA melaporkan kesedihan mereka tentang kekalahan itu di muka depan dengan tajuk ‘Berakhirnya perjuangan pasukan yang mencipta sejarah’.

Real telah mendominasi pertandingan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi mereka terpaksa melihat bayang-bayang sendiri sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu untuk menyertai Juventus, musim panas lalu.

Akhbar Sport pula menggunakan gambar seorang pemain Real yang menutup wajahnya dengan jersi dengan tajuk muka depan ‘Berakhirnya Era Real’, selepas mereka menyifatkan tersingkir di peringkat 16 terbaik adalah sesuatu yang memalukan.

“Real ditimpa kekalahan KO di Bernabeu yang menyingkirkan mereka daripada Liga Juara-Juara,” lapor berita muka depan akhbar tersebut. - AGENSI