Ajax dijadual menentang kelab ketiga tercorot, De Graafschap pada 28 April ini, duahari sebelum berlepas ke London namun badan induk negara tersebut bersetuju untuk mengatur semua jadual perlawanan liga Eredivisie. Itu bermakna liga mereka akan melanjutkan tempoh liga hingga 15 Mei ini.

Ajax berada di tangga teratas Eredivisie berkongsi 74 mata dengan PSV Eindhoven namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

“Kami sudah membuat perbincangan melibatkan segala aspek. Apa yang menariknya di sebalik keperluan penangguhan jadual ini, Ajax bermain dalam separuh akhir Liga Juara-Juara. Bukan hanya melibatkan Ajax tetapi bola sepak Belanda mendapat faedah daripada perlawanan tersebut,” kata pengarah teknikal KNVB, Eric Gudde.

Begitu pun, Tottenham akan melayan kunjungan West Ham dalam aksi liga manakala jadual Ajax sudah pun dikosongkan. - AGENSI