Selepas menggantung tugas pengadil dari Ghana, Joseph Lamptey seumur hidup, badan induk dunia itu berkata kemenangan 2-1 yang dicatat Afrika Selatan itu di laman sendiri dalam aksi Kumpulan D pada November lalu sudah dirancang.

Pegawai perlawanan tersebut didapati bersalah kerana turut terlibat sama dalam sindiket mengatur perlawanan itu apabila memberi sepakan penalti kepada Afrika Selatan sebelum babak pertama tamat dan mengiktiraf jaringan kedua yang penuh dengan kontroversi. - REUTERS