Dalam media sosial, ramai mengeluh kerana penyokong melimpah ruah sehingga terpaksa duduk di tangga, malah ada yang berdiri di gerai-gerai menjual makanan kerana tidak ada satu pun tempat duduk yang kosong.

Ada yang mendakwa dibawa masuk menggunakan ‘lorong tikus’ dengan dikenakan bayaran RM60 seorang kerana permintaan tiket tetap tinggi biarpun ia sudah habis dijual sejak Ahad lalu.

Menurut sumber, penyokong yang tidak mempunyai tiket ‘diseludup’ masuk menerusi pintu pagar B.

Penyokong sudah mula bersesak di pintu masuk stadium sejak pukul
Penyokong sudah mula bersesak di pintu masuk stadium sejak pukul 2 petang.

Katanya, peminat tersebut sudah ‘kawtim’ dengan pihak tertentu supaya mereka lepas masuk menerusi laluan penonton bertiket.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh dengan pihak polis untuk menyiasat dakwaan kehadiran penonton melebihi kapasiti stadium.

“Saya tidak boleh ulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia sedang dalam siasatan polis.

“FAM sudah berbincang dengan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Cheras mengenai dakwaan penyokong melebihi kapasiti ketika final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Tindakan ini susulan pelbagai spekulasi dalam media sosial. Perkara ini bukan saja mencemarkan reputasi FAM tetapi turut mengancam keselamatan penyokong,” katanya kepada Utusan Malaysia.

SEBAHAGIAN penyokong Harimau Malaya yang hadir di Bukit Jalil,
SEBAHAGIAN penyokong Harimau Malaya yang hadir di Bukit Jalil, 

Facebook penyokong HarimauMalaya dalam entrinya menulis: “Admin pun rasa macam ada yang tak kena.

“Macam lebih daripada 88,000 penonton malam tadi. Habis admin tawaf satu stadium atas bawah tapi tak dapat tempat duduk. Kenalah berdiri dari depan trak makanan abang jual hot dog”.

Pelakon Ummi Nazeera turut berkongsi pengalaman berdepan situasi mencurigakan di pintu masuk stadium.

“Adik yang menjaga tiket, ambil tiket kami dan memberi isyarat tangan agar masuk tetapi kami memberitahu dia agar mengembalikan tiket tetapi individu berkenaan sekadar berkata, ‘tidak mengapa masuk sahaja tanpa koyak tiket’ namun kami berkeras untuk meminta tiket berkenaan.

“Selepas itu baru dia koyak tiket dan menyerahkan semula,” katanya dalam Instagram.