Penyerang Manchester City itu sekadar menjaringkan dua gol sepanjang 45 penampilan antarabangsa, namun kini memiliki lima dalam tiga perlawanan terkahir susulan hatrik tersebut, sekali gus membolehkan England munduduki tangga teratas Kumpulan A.

Mereka bakal berdepan Montenegro, yang mencatat keputusan seri bersama Bulgaria, pada Selasa ini (pukul 3.45 pagi waktu Malaysia).

“Satu persembahan mengagumkan daripada pasukan dan saya sangat gembira dapat membantu England mencatat kemenangan.

“Saya hanya yakin pada diri sendiri, saya cuba untuk meloloskan diri daripada pertahanan lawan dan cuba melepaskan rembatan. Tidak risau tentang perkara lain,” kata Sterling.

Dalam aksi itu, Raheem Sterling mencuri tumpuan dengan jaringan hatriknya tetapi Hudson-Odoi yang dimasukkan menggantikan bintang City itu turut berperanan mencemaskan pengaga gol lawan, Jiri Pavlenka sebelum pemain pelawat, Tomas Kalas menjaringkan gol sendiri.

Hudson-Odoi muncul buat pertama kali mewakili England meskipun di peringkat kelab, Chelsea belum menurunkannya untuk aksi liga hingga mencetuskan rasa bingung mengenai masa depannya.- AFP