Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Dapatkan lesen kelab, nyahkan penumpang’

KELANTAN pernah menjadi pasukan yang disegani terutama ketika
KELANTAN pernah menjadi pasukan yang disegani terutama ketika bergelar juara Piala FA dan Liga Super pada 2012.

KOTA BHARU 13 Sept. - Mendapatkan lesen kelab dan ‘melupuskan penum­pang’ akan menjadi ke­utamaan calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Muhammad Nasir Hamzah sekiranya dipilih menerajui badan berkenaan.

Muhammad Nasir Hamzah
Muhammad Nasir Hamzah

Muhammad Nasir berkata, memastikan Kelantan lulus Peraturan Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Edisi 2017 amat pen­ting untuk skuad The Red Warriors terus kekal dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurutnya, buat masa ini beliau sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut kerana isu itu akan menentukan masa depan pasukan Kelantan.

“Bagi saya amat malang buat sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain berbakat seperti Kelantan jika tidak dapat beraksi dalam saingan tertinggi di Malaysia itu.

“Takkan pasukan yang pernah menang kejuaraan berganda pada tahun 2012 lalu hanya layak bertanding di peringkat rendah. Jadi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 8 Sepetember lalu melaporkan permohonan lima pasukan Liga Super yang terdiri daripada Felda United, Kedah, Kelantan, Melaka United dan Sarawak telah ditolak kerana gagal menepati enam kriteria utama yang telah ditetapkan untuk mendapatkan lesen kelab.

Antara kriteria utama yang diambil kira adalah kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Setakat ini, hanya tujuh pasukan yang telah lulus iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Pahang, Perak, PKNS FC, Pulau Pinang dan T-Team FC.

Lebih membanggakan, empat daripada tujuh pasukan berkenaan iaitu JDT, Selangor, Pahang dan PKNS FC turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membolehkan mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

Dalam pada itu, Muhammad Nasir memberitahu, beliau membawa angin perubahan dalam KAFA apabila mahu mewajibkan barisan kepemimpinan baharu menandatangani surat letak jawatan, sekiranya beliau menang dalam kongres pemilihan Ahad ini.

Katanya, beliau, timbalan dan naib presiden juga tidak terkecuali berbuat demikian untuk membuktikan semua individu dalam persatuan itu memikul tanggungjawab sama rata selepas mendapat mandat daripada ahli gabungan.

“Semua ahli majlis Kafa mesti tandatangani surat itu. Kalau tak boleh tingkatkan prestasi, mereka kena pergi (lepas jawatan). Kita nak orang yang bekerja, bukan orang yang memanaskan kerusi yang sudah panas.

“Kerusi presiden itu pun sudah panas, jadi exco juga tak perlu panaskan lagi kerusi mereka. Kita mahu orang itu (exco) bekerja dan menyumbang kepada kemajuan bola sepak Kelantan,” ujarnya.

Tambahnya, perubahan tersebut dilakukan kerana beliau mahu menukar sistem pengurusan badan induk itu selain berazam melenyapkan barisan exco yang hanya mahu menjadi ‘penumpang’ sahaja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain