Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd. Joehari Ayub berkata, kesemua aduan tersebut telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dikehendaki melunaskan tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan.

“PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

“Jika PFA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, FAM turut menerima tuntutan daripada enam pemain Kelab Bola Sepak Terengganu City melibatkan tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak yang berjumlah RM283,000.

“Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Mohd. Norhafizzuan Jailani yang diterima sebahagiannya dan Kelab Bola Sepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

“Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya. - UTUSAN ONLINE