Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards berkata, selain itu mereka yang turut dijangkiti virus tersebut adalah empat daripada JDT II dan ​​tiga lagi daripada JDT III.

Beliau memberitahu, selain itu beberapa jurulatih serta kakitangan yang menjalani ujian turut positif virus tersebut.

“Pihak kelab telah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

“JDT juga telah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua,” katanya dalam satu status yang dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers (JST), hari ini. - UTUSAN ONLINE