Timbalan Pengarah Kesihatan(Kesihatan Awam), Dr. Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata, mereka semuanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas disahkan dijangkiti virus tersebut.

“Sebelum ini sebanyak sembilan kes influenza dilaporkan mulai 2 Julai 2019. Lapan daripada kes tersebut disahkan menghidap influenza B manakala seorang lagi disahkan menghidap influenza A,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Kelmarin seramai 17 pemain JDT dilaporkan dijangkiti virus berkenaan yang melibatkan 10 pemain pasukan utama JDT, empat pemain JDT II dan tiga pemain JDT III. - UTUSAN ONLINE