Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farhan Abdul Wahab berkata, misi penting itu boleh dicapai dengan kekuatan dan kesiapsiagaan pelumba profesional tempatan dan luar negara di seluruh aspek perlumbaan termasuk di zon pecutan dan pendakian.

Katanya, kehadiran Ove­chkin Artem dari Rusia, Youcef Reguigui (Algeria), Eyob Teweldeberhan (Eriteria) di samping Mohd. Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki secara tidak langsung berjaya me­ngatasi masalah zon pendakian.

“Selain itu, kita juga mahu mengekalkan jersi kuning yang diraih tahun lalu dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi 2019 yang dijadualkan berlangsung Mac depan.

“Kita menaruh harapan tinggi kepada pemenang tahun lalu, Artem di samping Youcef untuk yang meraih­nya pada musim 2015,” kata­nya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Pelumba dan Barisan Penaja Terengganu Inc. TSG yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ne­geri, Wan Sukairi Wan Abdullah di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Dalam majlis itu, TSG menerima penajaan RM8.03 juta daripada lebih 20 penaja tempatan dan luar negara.

Menurut Farhan, Terengganu Inc. TSG dijangka me­nyertai lebih 23 kejohanan tahun ini susulan kejayaan terbaharu pasukan itu menduduki tempat pertama terbaik Asia.

Barisan pelumba TSG 2019 ialah, Irwandie Lakasek, Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri, Drew William Peters Morey, Mohd. Harrif Salleh, Nur Amirul Fakhruddin, Mohd. Nor Umardi Rosdi, Zuladri Amin Zulkurnain, Mohd. Shahrul, Afiq Huznie Othman, Goh Choon Huat, Artem, Youcef, Eyob, Maral Erdene Batmunkh dan Mohd. Zamri Saleh.- UTUSAN ONLINE