Thomas daripada pasukan Team Sky menamatkan kayuhan sejauh 108.5 kilometer dari Albertville ke puncak La Rosiere selepas memintas pelumba Sepanyol, Mikel Nieve di hujung perlumbaan.

Tom Dumoulin dari Belanda berada di kedudukan kedua ketinggalan 20 saat untuk berada di hadapan juara empat kali, Chris Froome.

“Sangat luar biasa dan saya tidak menjangkakan semua ini. Saya tahu peluang ada (untuk merampas jersi kuning) tetapi saya tidak tahu bagaimana cabaran daripada pelumba lain.

“Memakai jersi kuning adalah penghormatan besar. Saya pernah memakainya tahun lalu dan untuk memakainya buat kali kedua berturut-turut adalah sesuatu yang sangat indah,” kata Thomas.

Thomas yang memakai jersi kuning selama empat hari pada 2017 selepas menjuarai ujian masa, kini mendahului rakan sepasukannya, Froome dengan kelebihan 1 minit 25 saat di dalam senarai keseluruhan.-AFP