Nur Aisyah Mohamad Zubir menghadiahkan pingat emas buat Terengganu
Nur Aisyah Mohamad Zubir menghadiahkan pingat emas buat Terengganu 

Kejayaan tersebut membolehkan atlet berusia 21 tahun itu mencipta sejarah selepas memenangi emas bagi acara yang sama dalam temasya dwitahunan tersebut buat kali ketiga berturut-turut bermula edisi 2014.

Nur Aisyah melakukan catatan masa 44 minit 57.316 saat (s) manakala perak menjadi milik rakan sepasukan, Nurul Najihah Inani A. Aziz mencatatkan masa kedua terpantas sebanyak 47:30.954s. 

Gangsa menjadi milik Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan menerusi catatan masa 49:29.641s.&

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini lebih-lebih lagi apabila ini adalah Sukma terakhir saya. Kemenangan ini bakal dijadikan semangat dan motivasi kepada saya serta pelumba Terengganu yang lain untuk melakukan yang terbaik pada acara seterusnya.&

“Bukan mudah untuk saya berada prestasi terbaik ini. Saya bekerja keras menjalani latihan spesifik siang dan malam selama sebulan dalam memastikan saya betul-betul bersedia. Pengorbanan yang saya lakukan ini ternyata berbaloi.

“Pada masa yang sama, saya berharap rekod yang dicipta ini dapat membuka mata pelbagai pihak sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada saya untuk beraksi mewakili skuad kebangsaan di luar negara,” katanya yang berhasrat untuk membawa pulang tujuh pingat emas dalam edisi kali ini.- UTUSAN ONLINE