Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Skuad berbasikal para raih gangsa di Los Angeles

MUHAMMAD Khairul Adha Rasol (dari kanan) dan Muhammad Afiq Afify
MUHAMMAD Khairul Adha Rasol (dari kanan) dan Muhammad Afiq Afify Rizan (kanan) meraikan kejayaan meraih pingat gangsa acara pecut tandem bersama pemenang pertama dan kedua dari Britain dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Los Angeles semalam.

KUALA LUMPUR 6 Mac – Atlet para negara terus cemerlang di peringkat antarabangsa apabila memenangi satu pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia menerusi acara pecut tandem (orang buta) di Los Angeles semalam.

Pasangan Muhammad Afiq Afify Rizan dan Muhammad Khairul Adha Rasol yang merupakan atlet di bawah program Kita Juara itu berjaya meraih kedudukan ketiga di belakang dua pasangan Britain termasuk pemenang pingat emas edisi 2016, Neil Fachie dan Craig Maclean.

Juara menjadi milik James Ball dan Matthew Ritterham manakala Fachie dan Maclean membawa pulang pingat perak.

Pengurus pasukan Mohd. Yuszairie Zainal Alam menzahirkan kegembiraannya dengan pencapaian itu yang menurutnya di luar jangkaan sebelum mereka ke Los Angeles.

Katanya, bagi acara pecut pihaknya sekadar menetapkan sasaran untuk memecahkan rekod peribadi atlet itu sendiri kerana menyedari pasukan Britain dan Sepanyol merupakan kuasa besar dalam acara berbasikal.

“Bagaimanapun, semasa aksi kelayakan mereka (Khairul Adha dan Afiq Afify) berjaya melakukan catatan peribadi terbaik selain menduduki tempat ketiga dan atas dasar itu kami percaya mereka mampu melakukan sesuatu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Yuszairie juga berbangga dengan pencapaian di luar dugaan itu, yang menurutnya menjadi bukti bahawa program latihan atlet yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) terutamanya di bawah Kita Juara memberikan hasil yang positif.

“Program di bawah kendalian jurulatih Johari Mohd. Nayan dan Mohd. Sallehuddin Mohd. Noh sejak 2012 hingga ini banyak memberikan hasil positif.

“Antara kejayaan yang diraih pasukan berbasikal para negara termasuk dalam Sukan Para Asia Incheon 2014 dan meraih dua slot kelayakan merit ke Sukan Paralimpik Rio 2016,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain