Acara ini bukan perlumbaan namun peserta bagi setiap kategori iaitu 25km Fun Ride, 90km Scenic Ride dan 160km Endurance Ride akan diiringi polis, marshal, pasukan perubatan dan sokongan teknikal seperti ‘neutral service’ dan ‘water station’.

Avillion Admiral Cove adalah lokasi pelepasan dan penamat kayuhan dan laluan bakal melibatkan jalan raya pesisir pantai dari Port Dickson ke Melaka.

Peserta ACR17 akan menerima baju kayuhan basikal yang eksklusif, medal tamat kayuhan, makanan dan minuman, insuran peribadi, E-Sijil dan peluang memenang pelbagai hadiah cabutan bertuah yang lumayan.

Ganjaran istimewa juga disediakan untuk pasukan dengan penyertaan paling ramai serta jersi terbaik untuk pasukan dan individu. - UTUSAN ONLINE