Be­­liau berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum menentukan kontraktor ma­na yang mendapat kontrak penganjuran tersebut.

“Kita kena ikut kontrak tender terbuka. Prosesnya agak terbuka. Nanti apabila sudah dimuktamadkan, kita akan umum,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kelewatan penganjuran LTdl 2019 di sini, hari ini.

Syed Saddiq, bagaimanapun, menafikan penawa­ran tender itu sudah ditutup sejak tahun lalu lagi.

“Ia masih dibuka,” tegasnya yang sekaligus mengesahkah status penganjuran perlumbaan jelajah berbasikal terbesar di Asia itu tetap akan dianjurkan dengan jadual pertandingan di jangka berlangsung Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq hari ini melakukan tinjauan di Stadium Hoki Nasional, berikutan laporan media yang mendedahkan tentang kerosakan permukaan padang stadium berkenaan.

Menurut beliau, kontraktor utama iaitu MRCB telah bersetuju menanggung kesemua kos pembaikan padang, manakala kementeriannya tidak perlu mengeluarkan peruntukan langsung.

“Kerja-kerja pembaikan akan bermula pada 11 Februari dan dijangka siap pa­da 31 Mac ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak pula menjelaskan tentang jumlah kos untuk menukar keseluruhan kar­pet dua padang hoki terbabit.