Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LTdL 2017 paling berjaya

RYAN GIBBONS (lima dari kiri) dikawal rapat oleh rakan sepasukannya
RYAN GIBBONS (lima dari kiri) dikawal rapat oleh rakan sepasukannya dalam Team Dimension Data ketika melalui kawasan Gemencheh dalam peringkat Ketujuh LTdL 2017 dari Melaka ke Rembau kelmarin.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang berakhir semalam boleh dianggap ‘paling berjaya’ pernah dianjurkan dalam sejarah perlumbaan berbasikal paling berprestij di Asia itu.

‘Paling berjaya’ yang dimaksudkan di sini adalah dalam konteks perlumbaan lapan peringkat tersebut mampu berjalan dengan lancar dan teratur mengikut standard yang ditetapkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) walaupun dianjurkan dalam serba kekurangan selain berdepan polemik dalaman dan kewangan yang serius.

Dengan bajet yang kecil dan terhad, pengendali perlumbaan ini berjaya memastikan secara profesional bahawa masalah itu bukan halangan untuk mengekalkan statusnya sebagai perlumbaan 2.2 Hors Class walaupun timbul beberapa masalah sebelum bermulanya perlumbaan.

Masalah seperti kelewatan menyediakan kenderaan rasmi tajaan BMW membabitkan petugas media, keselamatan, logistik, polis trafik dan pegawai perlumbaan memberi petanda awal yang negatif akan berlaku masalah besar dalam penganjuran kali ini.

Masalah ini bukan mengenai soal perkara yang biasa berlaku tetapi lebih kepada isu nyawa dan keselamatan petugas yang terpaksa memandu dari Shah Alam ke lokasi permulaan di Kuala Terengganu pada awal pagi 22 Mac selepas lebih dua hari menunggu kenderaan yang dijanjikan.

Bayangkan ada petugas tiba beberapa jam sebelum peringkat pertama bermula di Kuala Berang tanpa mendapat tidur yang secukupnya. Ada polis trafik tidak tidur langsung dan terus memulakan tugas mengawal lalu lintas pada pagi itu.

Mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku dan kerana minat untuk memastikan LTdL 2017 berjalan lancar, semua petugas terbabit melupakan terus masalah yang dihadapi atas semangat kesukanan.

Ini belum lagi masalah mengenai soal undangan, yuran pengiktirafan (sanction fee) yang lewat dibayar kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan penarikan diri pasukan pada saat akhir.

Semuanya masalah kecil tetapi boleh menjadi besar jika tidak diberikan perhatian. Tetapi ada masalah lebih besar sebenarnya yang menghantui penganjuran LTdL kali ini iaitu masalah kewangan yang meruncing.

Akibat bajet paling rendah iaitu hanya RM5.5 juta berbanding RM11 juta sebelum ini selain penajaan yang berkurangan, pelbagai masalah telah timbul sehinggakan pengendali perlumbaan terpaksa meminjam wang daripada pihak ketiga semata-mata untuk memastikan LTdL 2017 tetap berlangsung mengikut jadual.

Walaupun banyak perbelanjaan telah dipotong, namun masih tidak mencukupi. Maka pinjaman terpaksa dibuat selepas sampai ke satu tahap kakitangan pengendali perlumbaan tidak menerima gaji selama beberapa bulan sebelum perlumbaan.

Namun mereka tetap berkorban dan bersatu hati untuk merealisasikan perlumbaan ini. Sebenarnya banyak lagi cerita di belakang tabir terutama mengenai hubungan dingin yang berlaku antara pihak-pihak yang terbabit dalam LTdL kali ini. Semua puncanya adalah kerana tidak cukup wang.

Ada satu pihak bengang kerana isu pengendali perlumbaan meminjam wang daripada pihak ketiga, ada pihak lain takut terpaksa menanggung kerugian. Ada satu pihak lagi sanggup berhutang untuk memastikan LTdL terus wujud di muka bumi Malaysia ini.

Ini belum lagi cerita mengenai hadiah wang kemenangan yang akan diketahui kemelutnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang ini. Berdasarkan semua permasalahan ini, timbul persoalan apakah akan ada lagi LTdL pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya atau pengendali baharu dilantik menggantikan Ciclista Sports Sdn. Bhd?

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain