Walaupun, hanya menamatkan perlumbaan peringkat kelapan dan terakhir di sini di tempat ke-24, namun, ia sudah cukup untuknya menjulang nama pasukan benua dari Malaysia itu.

Dyball, 29 mencatat masa keseluruhan 29 jam 15 minit dan 53 saat untuk mengetepikan saingan pelumba Floyd’s, Keegan Swirbul di tempat kedua dan pelumba Vino-Astana Motors, Vadim Pronskiy di kedudukan ketiga.

Pada perlumbaan terakhir sejauh 103.8 kilometer (km) hari ini, Dyball sah merangkul gelaran jersi kuning apabila menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.

Peringkat kelapan diungguli Marco Benfatto dari pasukan Androni Giocattoli-Sidermec (Itali), manakala, rakan sepasukannya, Matteo Pelucchi turut meraih keputusan podium apabila berada di tempat ketiga.

Blake Quick dari St. George Continental Cycling Team (Australia) pula melengkapkan aksinya di tempat kedua.

Dalam pada itu, Angus Lyos secara rasmi berjaya mengekalkan gelaran raja bukit, manakala, pasukan Floyd’s muncul juara pasukan keseluruhan diikuti Sapura dan Vino Astana Motors.