Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, sijil homologation itu diperoleh selepas kerja pengubahsuaian di Velodrom Rakyat.

Menurutnya, penyenaraian semula acara basikal trek pada Sukma telahpun dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri dan menyambut baik pengiktirafan UCI tersebut.

“Perkara ini belum sempat di bawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tetapi exco sudah membincangkannya secara mendalam dan bersetuju untuk acara basikal trek di pertandingkan pada Sukma,” katanya dalam sidang akhbar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 5 Jun lalu,Howard Lee mengumumkan acara basikal trek digugurkan pada Sukma Perak 2018 ekoran permukaan trek di Velodrom Rakyat di sini tidak selamat untuk atlet. - UTUSAN ONLINE